Friday, December 17, 2010

WORK! WORK! WORK!


ECO-FRIENDLY??
apa ituu friendly2 ni, hampir 2 sem aku cuba untuk faham dan aku akan faham
dengan cara aku sendiri.
YESS !
suatu sistem untuk memulihara dan memelihara persekitaran
dan itu yang aku cuba buat bangunan untuk projek sem kali ini
sangat menarik dan agak mencabar minda.

seperti biasa.
idea pasti akan dapat bila masa suntuk.
dan konsep untuk projek ini aku gabungkan pengudaraan dari luar
bangunan dan berinteraksi dengan tumbuh-tumbuhan dan persekitaran
chewahh !
dengan adanya bangunan yang terbuka dan kawasan yang penuhi landskap
setiap yang berkunjung di bangunan ini pasti akan merasa seperti di luar juga
kawasan bertutup hanya pada bilik-bilik tertentu sahaja.

ok.
persiapan untuk PORTFOLIO DAY sudah 80% siap
dan semua berjalan dengan lancar
dan sem kali ini tidak seperti sem sem yang lalu
kali ini aku banyak buat kerja cepat dan kena pada waktu
tidak terkerja2
alhamdulilah..
=)

AGOGO.BROMM BROMM


Saturday, July 17, 2010

HAPPY HAPPY mama papa

i love you mama papa
tolong la jage kesihatan
tahu tak anak kamu disini sangat risau
jangan la degil
duduk rumah dan berehat
tolong la
anak kamu ini tak mahu kamu berada di hospital lagi
menanggung kesakitan
yang aku tahu sangat perit untuk kamu hadapi
yang hanya kamu menghitung hari untuk pulang
pulang untuk menjalani kehidupan seperti biasa.
yang setiap hari menunggu suami mu pulang
dan berbual masalah yang ditanggung

ohhhh. tuhan
berikan la kesenangan kepada ibu bapa aku ini
untuk menjalani liku-liku hidup
yang tiap kali tidak pernah jemu
melayan semua keadaan hidupnya

jika boleh keseksaan ini die beri pada aku
aku sanggup tuhan
asalkan mereka bahagia sepanjang kehidupan ini
aku mohon kau panjangkan umur mereka
agar mereka dapat melihat cucu cicit anak -anaknya

ohhhh.tuhan
sesungguhnya,
aku melakukan ini semua hanya untuk mereka
untuk mereka melihat salah seorang anaknya berjaya
supaya meraka merasa berguna menjadi ibu bapa.
supaya aku dapat menjaga mereka hingga akhir hayatnya

aku mohon tuhan!



ohhh.kau sangat style laa!
muah muah muah..
i love you incubus

Thursday, May 13, 2010

jalan gelap itu aku tidak dapat lihat!

masa aku muda mudi dahulu
aku tidak perlukan sesiapa
bercinta hanya berseronok
itu semua telah pergi

hidup sendiri
memikirkan aku tentang kawan
bila aku mati, tiada sapa yang tahu
kecuali kau

semuanya sendiri
tidak mahu lagi
dan akan tetap pasti
kau akan pergi dari aku
suatu hari..

tapi aku minta kau rangkul aku
bila aku perlukan kau
bangun kan aku.
bila aku terjatuh
dari sudut-sudut najis anjing keparat
dan dari lahanat lahanat manusia yang tiada isi perut
meludah lalu menjilat kahak hijaunya pada aku
dengan penuh kebenciaan dan terseksa..

aku merayu jangan lupa itu!

walau satu hari kau akan tetap lupa nyaaa.
dan aku akan terus berpaut pada ranting -ranting rapuh lagi usang
tunggu masa untuk jatuh.
dan MATI!

to: razy sahabat aku

Tuesday, March 23, 2010

reinkarnasi sisi aku

Terjerit kemarahan. Atau ianya suara-suara penyesalan?

Tak perlu kau ekori aku. Aku bosan dengan dosa-dosa.

Perjalanan sang watak utama kadang-kadang memenatkan.
Tapi bukankah semua manusia memegang watak utama masing-masing dalam sebuah hikayat kehidupan?

Alunan melodi bagi manusia untuk terus hidup diputar berulang-ulang. Survivor manusia diuji dan selalunya tersungkur.

Turunkan aku malaikat, hadapkan aku dengan tuhan agar aku boleh berdialog bertanya tentang namanya KEHIDUPAN.

Lalu merayu, “bisakah? Bisakah peluang itu disua kepadaku?”

Sumbatkan aku roh yang baru. Namun ianya tetap aku.
Berilah satu peluang untuk aku menjilat rasa sebuah kehidupan baru agar segala kehinaan lepas dapat diperbaiki.
Malahan dapat dipadam terus dari cerita segenap bangsa manusia

Bukankah manusia seringkali merayu kepada peluang kedua?

Hidupkan aku diatas jalur-jalur moraliti yang paling unggul. Aku bosan dengan manusia. Campakkan aku kesitu, gabungkan aku dengan keindahan, segala keindahan... walaupun indah yang belum dinamai.

Oh tuhan..
Lunturkan segala bait-bait puisi busuk dalam himpunan puisi ini. Gabungan perkataan itu dipintal-dipintal.
Biar cantek.walau bukan dengan luaran, harap-harap ada dalaman. Apa benar kehidupan boleh dilahir semula?

Tolong ...aku merayu kepada tuhan, kepada segala tuhan-tuhan dan kepada tuhan dan tuhan

Aku mahu aku yang baru, penglahiran yang baru, manusia yang baru

Agar segenap kehidupan mampu untuk bertahan atas lendir-lendir jijik yang erat mendakap tubuhnya manusia

Tuesday, February 2, 2010

Ia berhujan sejak kau meninggalkan

Kini aku tenggelam dalam banjir

kau melihat aku sentiasa seorang pejuang

Tetapi tanpa kau, aku rapuh.

sekarang aku tidak boleh bernyanyi sebuah lagu rasa

ia sgt dimaksudkan

Baik, aku meneka aku tidak begitu elok lagi

Tetapi, yang hanya ada aku

Kini gambar-gambar kau yang kau tertinggal

Merupakan hanya kenangan-kenangan hidupan lain

Beberapa yang membuat kita ketawa , beberapa yang membuat kita teriakan

Sesuatu yang membuat kau perlu mengucapkan selamat tinggal

Apa yang aku beri untuk berlari dan menyentuh rambut kau

Untuk menyentuh bibir-bibir kau, untuk dekat dengan kau

Bila kau kata kau cuba untuk faham

Aku telah membuat kesilapan-kesilapan, aku hanya manusia

Bila dia memegang kau rapat,

bila dia menarik kau dekat

Bila dia kata sesuatu kau bersedia untuk mendengar

Saat itu..

Aku berharap aku adalah dia

kerana kata-kata itu milik aku

suatu kata untuk kau buat selama-lamanya

Baik, di sana kita tiada nasib

Tetapi , jika kau berikan aku hanya satu cuba

Kita boleh tanam impian-impian lama kita

Dan kehidupan lama kita

Kita akan cari suatu tempat di mana matahari itu masih bersinar.

Dan aku akan sentiasa disisi kau..sentiasa

Monday, February 1, 2010

selamat ulang tahun
selamat ulang tahun
selamat ulang tahun
selamat ulang tahun ke 4

aku tidak tahu lagi kau ada dimana
dengar..aku merindukan