Friday, January 2, 2009

mama racist!

Racist..

banyak orang cakap pasal racist..kawan-kawan aku pun bercakap pasal racist..
Ini mama aku pun racist!!

Begini cerita dia..

Aku baru lepas tengok tv pasal sultan mangkat..memang bosan..tapi sedih, bukan sedih pasal sultan yang mangkat..aku hanya bayangkan kalau aku sudah tak ada mama papa aku..aku tak tahu la..aku hanya ada mereka..walau aku selalu tak dengar cakap mereka tapi anak siapa la yang tak sedih bila mama papa mereka sudah tiada..

Ini bukan nak cerita pasal ada atau sudah tiada..

Aku dengar mama papa aku berborak dekat ruang tamu..

Aku rasa macam seronok saja..

Aku pun turun dan mendengar sekali..

Mula-mula cerita pasal sultan mangkat..aku dengar sahaja..


Du..dap..du..dap..

Masuk cerita pasal jiran cina yang depan rumah aku ini..sebelah kanan rumah cina ini rumah bangali..sebelah kiri rumah cina ini plak india..

papa aku terserempak dengan orang cina dekat luar rumah masa papa aku nak pergi kerja..dorang berborak..cina ini cakap dia tak puas hati dengan bangali dan india ini..tak puas hati pasal parking kereta..cina ni cakap ‘india ni tak guna punya orang.. letak2 palang untuk parking dia’ ,’sama jugak dengan bangali ini..ahhh!’ ahhh..bla..bla..
Aku malas nak dengar cerita papa psl cina ni...
Tiba-tiba aku dengar mama aku mengapi-apikan papa..
‘alaaaa..cina, kalau kaum dia yang buat boleh je..cina pon tak le nk caya sangat’
Aku rasa nak dengar apa lagi yang mereka borakkan..memang sonok!
Hahaha..
papa aku pun ckp ‘papa iyekan saja, cina ni saja nak bakar2 kita bagi gado jiran2..’

Aku teringat pulak mama aku pernah gaduh dengan india sebelah rumah aku ni..sebabnya dah banyak kali india itu curi bunga kat halaman rumah aku..mama aku adalah seorang yang sangat cintakan bunga..itu sebab dia tidak penah puas hati dengan siapa yang penah sentuh tanamannya..bukan india sebelah ni saja yang penah ambil bunga-bunga mama, cina rumah yang hujung sekali pun turut berkenan dengan bunga dia ..mungkin sebab itu die racist?..dan aku ingat pulak mama aku penah ckp ‘keling ni tak bole percaya..klau ko jmpe keling dan ular..ko kne bunoh keling itu dulu sebab dorg ni banyak tipu-tipu!..

aku hanya mampu iyakan saja

Mama aku memang racist..

Aku tak mahu la nk lawan-lawan ckp mereka, sebab dulu aku penah buka mulut pasal isu ISA dekat papa aku..tiba2 papa aku ada cakap satu benda yang buat aku terdiam sampi sekarang..

‘aku yang makan garam dulu..ko tahu apa? ko baru nak kenal hidup’

papa aku selalu bercakap melalui pengalaman dia, jadi apa yang dia cakap kadang-kadang buat aku berfikir..

p/s : aku belum mkn garam, gula, kunyit, bunga cengkih, dan segala rempah-rempah yang ada, sila ambil perhatian..!

bila malam..

Ada orang kata..
Malam itu indah..
Kerana boleh lihat bulan dan bintang..

Ada orang kata..
Malam itu mengembirakan..
Kerana boleh bersuka ria dimalam minggu..

Ada orang kata..
Malam itu menyenangkan..
Kerana boleh tidur dan bermimpi yang enak2..

Ada orang kata..
Malam itu ceria..
Kerana banyak cerita2 yang menarik di astro ria..

Tapi..
Aku kata..
Malam itu ngeri dan hiba..
Setiap kali malam..
Aku akan lihat benda2 yang lama..
Yang sangat lama aku tinggalkan..
Yang aku seksanya dulu..
Yang kini aku pula yang rasa..

Pergi kau malam..jangan kau datang dekat aku!
Datang kau siang..jangan kau tinggalkan aku!