Tuesday, March 23, 2010

reinkarnasi sisi aku

Terjerit kemarahan. Atau ianya suara-suara penyesalan?

Tak perlu kau ekori aku. Aku bosan dengan dosa-dosa.

Perjalanan sang watak utama kadang-kadang memenatkan.
Tapi bukankah semua manusia memegang watak utama masing-masing dalam sebuah hikayat kehidupan?

Alunan melodi bagi manusia untuk terus hidup diputar berulang-ulang. Survivor manusia diuji dan selalunya tersungkur.

Turunkan aku malaikat, hadapkan aku dengan tuhan agar aku boleh berdialog bertanya tentang namanya KEHIDUPAN.

Lalu merayu, “bisakah? Bisakah peluang itu disua kepadaku?”

Sumbatkan aku roh yang baru. Namun ianya tetap aku.
Berilah satu peluang untuk aku menjilat rasa sebuah kehidupan baru agar segala kehinaan lepas dapat diperbaiki.
Malahan dapat dipadam terus dari cerita segenap bangsa manusia

Bukankah manusia seringkali merayu kepada peluang kedua?

Hidupkan aku diatas jalur-jalur moraliti yang paling unggul. Aku bosan dengan manusia. Campakkan aku kesitu, gabungkan aku dengan keindahan, segala keindahan... walaupun indah yang belum dinamai.

Oh tuhan..
Lunturkan segala bait-bait puisi busuk dalam himpunan puisi ini. Gabungan perkataan itu dipintal-dipintal.
Biar cantek.walau bukan dengan luaran, harap-harap ada dalaman. Apa benar kehidupan boleh dilahir semula?

Tolong ...aku merayu kepada tuhan, kepada segala tuhan-tuhan dan kepada tuhan dan tuhan

Aku mahu aku yang baru, penglahiran yang baru, manusia yang baru

Agar segenap kehidupan mampu untuk bertahan atas lendir-lendir jijik yang erat mendakap tubuhnya manusia

No comments:

Post a Comment