Sunday, July 12, 2009

SI GADIS

menjadi gadis itu memenatkan
menjadi gadis itu merimaskaan
satu kerja berat yang amat amat membeban
apatah lagi menjadi gadis yang ingin bersendirian

keterlaluan berani akan dikeji
keterlaluan menangis akan dimaki
perlu gagah dan tak reti tewas
perlu kuat dihenyak..dicantas!

si gadis menelefonku malam itu
teresak mencerita jiwa lulu
dihiris bahasa tajam dari mulut
si gadis tiada daya menutu

lalu aku membalas
bukan tugasmu memuas
manusia berbeza minda
tak akan sama

si gadis terus meluah hamba hati
kelakuannya salah serba serbi
semakin keliruan mahu diri
si gadis soal bagai mana lagi

lalu aku berkata
biar nalurimu beraja
mana hujung sempurna
pada manusia

kita gadis memang sering menyongsang rasa
mana cinta mana rasa mana dia?
dengar sini sabar kan dahulu
simpankan air jiwa kamu hanya untuk si dia itu

perlu gagah
usah goyah
perlu bangkit
dan menjerit
ayuh gadis berhenti la engkau menangis..

by fynn jamal..ana raffali..wani ardy
to:syaz..yana..oji..bulan.

3 comments: