tiga bulan sahaja lagi
semua akan berubah.
semua akan diingati
semua akan dirindui
tapi.
tiga bulan sahaja lagi.
semua akan pergi
mungkin akan dilupai
semua punya hidup sendiri
tapi.
tidak akan sama dengan sekarang
akan terkapai, terpingar, dihumban
semua dilakukan dengan titik peluh sendiri
tanpa pentunjuk teman,
tanpa teguran teman.
mungkin.
aku tidak mahu ini berubah.
aku mahu kehidupan lagi satu
aku mahu mereka disisi aku
sehingga aku capai langit itu
mungkin.
ini jalan terbaik.
akan ada jalan lain untuk kehidupan itu
berubah tidak semestinya HITAM
akan ada petunjuk lain.
dulu.
kau juga tidak mahukan perubahan ini
dan sekarang kau sangat selesa dengan apa yang ada
kau tidak mahu hilang mereka.
ini satu penyeksaan.
satu penderitaan
moga.
semua akan dapat jalan itu
satu bentuk jalan yang lurus
jalan yang akan menunjuk arah tujuan yang benar
tujuan yang satu.
p/s:moga.moga semua tujuan lurus kawan-kawan.
selamat berjaya !
No comments:
Post a Comment