Saturday, July 17, 2010

HAPPY HAPPY mama papa

i love you mama papa
tolong la jage kesihatan
tahu tak anak kamu disini sangat risau
jangan la degil
duduk rumah dan berehat
tolong la
anak kamu ini tak mahu kamu berada di hospital lagi
menanggung kesakitan
yang aku tahu sangat perit untuk kamu hadapi
yang hanya kamu menghitung hari untuk pulang
pulang untuk menjalani kehidupan seperti biasa.
yang setiap hari menunggu suami mu pulang
dan berbual masalah yang ditanggung

ohhhh. tuhan
berikan la kesenangan kepada ibu bapa aku ini
untuk menjalani liku-liku hidup
yang tiap kali tidak pernah jemu
melayan semua keadaan hidupnya

jika boleh keseksaan ini die beri pada aku
aku sanggup tuhan
asalkan mereka bahagia sepanjang kehidupan ini
aku mohon kau panjangkan umur mereka
agar mereka dapat melihat cucu cicit anak -anaknya

ohhhh.tuhan
sesungguhnya,
aku melakukan ini semua hanya untuk mereka
untuk mereka melihat salah seorang anaknya berjaya
supaya meraka merasa berguna menjadi ibu bapa.
supaya aku dapat menjaga mereka hingga akhir hayatnya

aku mohon tuhan!



ohhh.kau sangat style laa!
muah muah muah..
i love you incubus

Thursday, May 13, 2010

jalan gelap itu aku tidak dapat lihat!

masa aku muda mudi dahulu
aku tidak perlukan sesiapa
bercinta hanya berseronok
itu semua telah pergi

hidup sendiri
memikirkan aku tentang kawan
bila aku mati, tiada sapa yang tahu
kecuali kau

semuanya sendiri
tidak mahu lagi
dan akan tetap pasti
kau akan pergi dari aku
suatu hari..

tapi aku minta kau rangkul aku
bila aku perlukan kau
bangun kan aku.
bila aku terjatuh
dari sudut-sudut najis anjing keparat
dan dari lahanat lahanat manusia yang tiada isi perut
meludah lalu menjilat kahak hijaunya pada aku
dengan penuh kebenciaan dan terseksa..

aku merayu jangan lupa itu!

walau satu hari kau akan tetap lupa nyaaa.
dan aku akan terus berpaut pada ranting -ranting rapuh lagi usang
tunggu masa untuk jatuh.
dan MATI!

to: razy sahabat aku

Tuesday, March 23, 2010

reinkarnasi sisi aku

Terjerit kemarahan. Atau ianya suara-suara penyesalan?

Tak perlu kau ekori aku. Aku bosan dengan dosa-dosa.

Perjalanan sang watak utama kadang-kadang memenatkan.
Tapi bukankah semua manusia memegang watak utama masing-masing dalam sebuah hikayat kehidupan?

Alunan melodi bagi manusia untuk terus hidup diputar berulang-ulang. Survivor manusia diuji dan selalunya tersungkur.

Turunkan aku malaikat, hadapkan aku dengan tuhan agar aku boleh berdialog bertanya tentang namanya KEHIDUPAN.

Lalu merayu, “bisakah? Bisakah peluang itu disua kepadaku?”

Sumbatkan aku roh yang baru. Namun ianya tetap aku.
Berilah satu peluang untuk aku menjilat rasa sebuah kehidupan baru agar segala kehinaan lepas dapat diperbaiki.
Malahan dapat dipadam terus dari cerita segenap bangsa manusia

Bukankah manusia seringkali merayu kepada peluang kedua?

Hidupkan aku diatas jalur-jalur moraliti yang paling unggul. Aku bosan dengan manusia. Campakkan aku kesitu, gabungkan aku dengan keindahan, segala keindahan... walaupun indah yang belum dinamai.

Oh tuhan..
Lunturkan segala bait-bait puisi busuk dalam himpunan puisi ini. Gabungan perkataan itu dipintal-dipintal.
Biar cantek.walau bukan dengan luaran, harap-harap ada dalaman. Apa benar kehidupan boleh dilahir semula?

Tolong ...aku merayu kepada tuhan, kepada segala tuhan-tuhan dan kepada tuhan dan tuhan

Aku mahu aku yang baru, penglahiran yang baru, manusia yang baru

Agar segenap kehidupan mampu untuk bertahan atas lendir-lendir jijik yang erat mendakap tubuhnya manusia

Tuesday, February 2, 2010

Ia berhujan sejak kau meninggalkan

Kini aku tenggelam dalam banjir

kau melihat aku sentiasa seorang pejuang

Tetapi tanpa kau, aku rapuh.

sekarang aku tidak boleh bernyanyi sebuah lagu rasa

ia sgt dimaksudkan

Baik, aku meneka aku tidak begitu elok lagi

Tetapi, yang hanya ada aku

Kini gambar-gambar kau yang kau tertinggal

Merupakan hanya kenangan-kenangan hidupan lain

Beberapa yang membuat kita ketawa , beberapa yang membuat kita teriakan

Sesuatu yang membuat kau perlu mengucapkan selamat tinggal

Apa yang aku beri untuk berlari dan menyentuh rambut kau

Untuk menyentuh bibir-bibir kau, untuk dekat dengan kau

Bila kau kata kau cuba untuk faham

Aku telah membuat kesilapan-kesilapan, aku hanya manusia

Bila dia memegang kau rapat,

bila dia menarik kau dekat

Bila dia kata sesuatu kau bersedia untuk mendengar

Saat itu..

Aku berharap aku adalah dia

kerana kata-kata itu milik aku

suatu kata untuk kau buat selama-lamanya

Baik, di sana kita tiada nasib

Tetapi , jika kau berikan aku hanya satu cuba

Kita boleh tanam impian-impian lama kita

Dan kehidupan lama kita

Kita akan cari suatu tempat di mana matahari itu masih bersinar.

Dan aku akan sentiasa disisi kau..sentiasa

Monday, February 1, 2010

selamat ulang tahun
selamat ulang tahun
selamat ulang tahun
selamat ulang tahun ke 4

aku tidak tahu lagi kau ada dimana
dengar..aku merindukan

Wednesday, November 11, 2009

TENGS YANA!

masalah itu macam hujan yang datang menyembah ke tanah.
bila lihat tanah selepas hujan,basahkann.tapi bila datang matahari,basah hujan itu akan hilang.sama juga dengan masalah.akan datang SATU HARI NANTI."penyelesaian masalah" itu.


go girl.
suatu hari nanti ?
lepas adalah lepas..jalan terus

Friday, October 30, 2009

love trinity

telah hujung jalan.
lagi sedikit akan terjatuh.
apa yang di ludah dahulu telah aku merasai serpihan itu.
yang telah aku berakkan dahulu.
bak kata kau.
aku sangat kenal kau.
dulu tak begini.
kau tidak mahu tahu.

pelahan pelahan lah.
tapi aku tidak mengerti.
kau tahu tak rasa diabaikan?
atau kau sudah hilang rasa itu?

jangan lupa kau dan aku penah hidup.
dalam dunia kita sendiri.
dunia yang kita hiasi.
dengan apa yang kita rasa.
dengan roh aku dan kau.
dengan jiwa.
dengan bunga bunga tepi jalan.
dengan taik taik yang kita bersihkannya kembali.

ia adalah benda yang paling susah buat aku.
aku sangat kenal kau.
aku sangat kenal kau.
sangat kenal.
kenal sangat.

memang kau sudah hilang rasa itu!

aku sangat sangat rasai kau.
aku tak mampu buat apa apa.
usaha kau tak pernah cuba.
kau tak mahu tahu.
kau tak mahu aku.
kau tak mahu berulang.

telah aku berikan untuk kesah aku.





Friday, September 25, 2009

i turn back around

Show me the world
In the shape of your looking glass
Beautifully bold
When
the colors unfold
Yes it’s easy to see
But it’s harder to find
And
I’m thinking of you
And it’s clear in my mind
So I turn, turn, turn
I turn
back around
And I’m easternbound
Almost let slip
All these words at my fingertips
Still unaware ofthe pen in my hands
But I’m making my way
Day by day coming back to you
Here, unafraid
Of the path that I choose
So I turn, turn, turn
I turn back around

Monday, September 21, 2009

manusia perlu diberi peluang! mungkin dia sudah menyesali.

pagi raya sudah drama.
ini bukan drama cerita tiga segi
dan kemudian salah seorang undur diri untuk kebahagian lagi sorang
HAHA

ini cerita keluarga aku.
pagi buta raya aku sudah dikejutkan dengan abang aku
salam dengan papa.
diruang tamu.
aku tidur dekat situ
abg aku minta untuk dimaafkan
dengan cara yang tulus.
abang aku ciom tangan papa.
dan papa menangis!
menangis dengan teruk!
aku tidak penah lihat papa menangis sebegitu dasyat!
sambil teresak2 dan tepuk2 belakang abg aku dan berkata
'apa nak jadi dengan kau ni joe? papa tak tw nk buat apa lagi'

sayuuu aku melihatnya.
dan aku tetap baring dan tidak bergerak melihat papa dan aku termenung seketika.
lamunan aku terhenti pabila beberapa minit kemudian
abg aku datang dan terus memeluk papa.
keajaiban!
aku segar dan bugar selepas itu.
menitik setitik dua air mata aku.
yang melihat kejadian itu hanya aku dengan kakak aku saja.
kakak aku pun menangis selepas itu!

ermmm
mungkin abg aku sudah menyedari sesuatu yang penting dalam hidup dia.
dia tidak jahat cuma nakal sedikit!
tetapi yang pasti nakalnye lebih daripada aku.

HAHA

selamat hari raya ya ya yeahh!
(2009)

Thursday, August 27, 2009

syaitan dan malaikat dari gadis itu

syaitan;

aku sudah cakap kat kau yuss!
kau degil kau degil..degil..degil!
kau tidak payah jejak kaki disana
kau tak patut ambil tahu semua itu.

kau mahu mereka pijak kepala kau.
kau mahu mereka hentak kau.
mahu dihenyak?dicantas?
mahu ke semua itu?

kau degil yus.
kau tak mahu dengar kata.
kau berfikir mereka.tapi mereka fikirkan kau??
kau junjung mereka.mereka limpah kau.

semangat kau sudah tiada yus.
sudah perlahan-perlahan hilang dari kau.
kau cuba untuk menjejak
kau terus mengekori semangat itu.
tapi kau masih tak dapat mengambilnya.

kau tahu sebab apa?
sebab kau ini BODOH LAH!


malaikat;

yus kau bukan bodoh.
kau lakukan semua ini hanya dengan satu tujuan sahaja.
hanya untuk
PAPA MAMA.

Thursday, July 23, 2009

OH bulan

malam ini malam akhir.
malam selepas ini adalah.
malam yang aku harus terus berfikir.
malam ini malam sedih
malam ini malam aku mengemas barang
malam ini akhir aku buai mimpi sama ibu
malam yang harus aku tinggalkan.
malam ini aku sudah tidak berjumpa teman
malam ini aku rindu teman.
malam ini aku mahu dipeluk
malam ini aku tidak tidur
malam ini aku rindu dia.

malam selepas ini malam aku berpura-pura
malam selepas ini malam aku berdepan
malam itu aku terpaksa bersenyum
malam itu juga aku bukan diri aku
malam itu aku akan takut
malam itu aku berdiam sahaja

malam malam malam
tiap malam ada bulan
malam itu aku akan terus tersenyum
jika bulan masih ada?

Thursday, July 16, 2009

apabila seseorang itu membina harapan
seumpama
dia membiarkan diri dia terus sakit

Pengharapan adalah suatu bentuk pembohongan. Makin tinggi kau dongak untuk mengait harapan, makin tinggi jugalah penipuan disumbat dalam rohani kau.

LOOKING INTO YOUR EYES

Comparisons are easily done
Once you've had a taste of perfection
Like an apple hanging from a tree
I picked the ripest one
I still got the seed
You said move on
Where do I go
I guess second best
Is all I will know
Cause when I'm with him
I am thinking of you
Thinking of you
What you would do if
You were the one
Who was spending the night
Oh I wish that I
Was looking into your eyes
You're like an Indian summer
In the middle of winter
Like a hard candy
With a surprise center
How do I get better
Once I've had the best
You said there's
Tons of fish in the water
So the waters
I will test
He kissed my lips
I taste your mouth
He pulled me in
I was disgusted with myself
Cause when I'm with him
I am thinking of you
Thinking of you
What you would do if
You were the one
Who was spending the night
Oh I wish that I
Was looking into...
You're the best
And yes I do regret
How I could let myself
Let you go
Now the lesson's learned
I touched it
I was burned
Oh I think you should know
Cause when I'm with him
I am thinking of you
Thinking of you
What you would do if
You were the one
Who was spending the night
Oh I wish that I
Was looking into your eyes
Looking into your eyes
Looking into your eyes
Oh won't you walk through
And bust in the door
And take me away
Oh no more mistakes
Cause in your eyes I'd like to stay...


I REALLY MISS YOU SO MUCH BADAK SUMBU!
by:katy perry

Monday, July 13, 2009

PRISON BREAK! (the end)


shit!
kebanyakkan cerita di tv

sudah pasti ending yang mengembirakan

lagi-lagi cerita yang ada di malaysia.



tapi prison break ni cerita yang sangat cool

ending dia memang aku tak duga langsung.

oh god!

michael mati..

MATI! asal la kau mati.

aku tengok cerita ini sebab kau.

sebab kau sangat kacak!

nasib baik cerita sudah habis.

jadi tak perlu la sekarang.

aku menunggu depan tv setiap isnin jam 1030.

hanya untuk melihat michael.

kerana kau sudah mati.










AKU DALAM KAU

penah aku dihina.
kau ada dengan aku.
penah aku saket.
kau juga ada dengan aku.
penah aku menangis.
kau ada ditepi aku.
penah aku maki kau.
kau masih ada lagi untuk aku.
pernah juga aku pergi.
kau tarik pelahan-pelahan aku.
kau pegang ketat-ketat untuk terus dengan aku.
aku kadang-kadang terlupa lalu kau yang mengingatkan aku.
sudah sebati roh-roh aku dan kau.
sudah bersatu jiwa aku dan naluri kau.
sudah semestinya didalam aku ada kau.
dalam kau ada aku.
aku dan kau tak perlukan apa-apa.
untuk buktikan apa-apa.
cukup la hanya kau dan aku.
semuanya akan menjadi.


TO:RAZY

Sunday, July 12, 2009

SI GADIS

menjadi gadis itu memenatkan
menjadi gadis itu merimaskaan
satu kerja berat yang amat amat membeban
apatah lagi menjadi gadis yang ingin bersendirian

keterlaluan berani akan dikeji
keterlaluan menangis akan dimaki
perlu gagah dan tak reti tewas
perlu kuat dihenyak..dicantas!

si gadis menelefonku malam itu
teresak mencerita jiwa lulu
dihiris bahasa tajam dari mulut
si gadis tiada daya menutu

lalu aku membalas
bukan tugasmu memuas
manusia berbeza minda
tak akan sama

si gadis terus meluah hamba hati
kelakuannya salah serba serbi
semakin keliruan mahu diri
si gadis soal bagai mana lagi

lalu aku berkata
biar nalurimu beraja
mana hujung sempurna
pada manusia

kita gadis memang sering menyongsang rasa
mana cinta mana rasa mana dia?
dengar sini sabar kan dahulu
simpankan air jiwa kamu hanya untuk si dia itu

perlu gagah
usah goyah
perlu bangkit
dan menjerit
ayuh gadis berhenti la engkau menangis..

by fynn jamal..ana raffali..wani ardy
to:syaz..yana..oji..bulan.

Monday, July 6, 2009

.TAMAT.

apa yang kau mahu dari aku?
ada apa -apa yang kau berhajat dari aku?
gelak? ketawa? senyum? menangis?
menjerit? lagu? dodoi?

aku dan kau tahu.
yang kita bukan ditempat yang kita rancang.
aku penah hidup dalam kau.ingat?

bulan madu sudah habis.
dan patutkah aku jadi matang?

lihat!
sudah pasti aku tahu kita tidak satu
berteriak lah bila temu.
bagai rutin harian.
berbeza pendapat dan falsafah.

rangkul lah!
pijak lah!
rejam lah!

aku bernyawa.
kau?
bernyawa juga seperti aku?
atau kau pura-pura bernyawa?
eh! pandang la jalan itu, nanti kau masuk lobang la..

Saturday, July 4, 2009

sudah laa SAYANG menipu!

tiap kali
melihat
mendengar
memerhati
tentang kau..

tak pernah aku rasa gembira!
tahu tak!

kau hanya pentingkan diri kau sahaja.
kau tak penah faham la!

wey!jantan..sudah la menagih simpati dekat pompuan lain
kau tak reti malu ke hah?

bole bla laa..

kau bercerita pada pompuan lain yang kononnye kau ni laki yang selalu malang.
pompuan tinggal kan la..
tak ada orang nak sayang kau la..
itu ini.

teruskan la tagih dan tagih!
aku dh muak la wey.
pompuan jobeng saje akan makan tagih kau ni la.
tak de hal laa!
kau kan ada rupa.
pejam celik pejam celik kau boleh dapat ganti la kan
apa susah!